- Apabila wanita menyukai seseorang lelaki, biasanya mereka akan rajin menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada si dia. Kadang-kadang bertanya khabar atau sekadar menghantar ayat manis…
- Wanita akan lebih menunjukkan keprihatinan terhadap si dia. Jika lelaki itu mengalami masalah, mereka akan menjadi pendengar yang baik dan membantu sedaya upaya.
- Lazimnya, wanita akan berkongsi dengan lelaki mengenai perkara yang berlaku dalam hidupnya hari-hari. Sama ada peristiwa gembira atau sedih. Jika hendak ke mana-manapun, kalau boleh mahu si dia menemani.
- Apabila berjauhan dengan lelaki yang disukai, wanita akan kelihatan sedih saja. Maklumlah, menanggung rindu!
- Ada juga wanita suka memberi hadiah kepada lelaki yang dipuja. Bukan hanya pada hari istimewa seperti hari lahir, pergi ke mana-manapun pasti mereka akan belikan cenderahati. Itulah tanda sayang!

0 comments:
Post a Comment